
Bersempena ulang tahun kelahiran Kekasih Allah Insan Mulia, Junjungan besar Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang bakal tiba tidak lama lagi, insya Allah satu set Quran koleksi istimewa diperkenalkan.
Koleksi Istimewa ini sebenarnya diilhamkan dari Petikan Khutbah Terakhir Baginda Nabi pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah bersempena Hari Arafah ketika itu.
Dan Khutbah terakhir tersebut penuh dengan pesanan dan wasiat Baginda Nabi kepada kita sebagai umatnya untuk menjadi pegangan dan pedoman sehingga akhir zaman.
Dengan tema dari Khutbah Baginda Nabi, koleksi Istimewa ini di beri nama KOLEKSI PESANAN ABADI yang di lengkapi dengan barangan seperti senaskah Al-Quran, Sejadah boleh bawa, Rehal & Penunjuk Al-Quran kayu, Makanan Sunnah Madu dan semua barangan ini di datangkan bersama sebuah kotak istimewa bercetakan salah satu petikan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W yang bertemakan BLACK & GOLD iaitu
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara; yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran & Sunnahku ”
Petikan Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
Hadith Riwayat oleh Imam Muslim (1218)
Koleksi Istimewa ini sangat bersesuaian untuk di jadikan Hadiah Istimewa kepada insan tersayang, ahli keluarga, sahabat-sahabat atau Hadiah koporat.
Lengkap dengan pesanan dan wasiat Baginda Nabi, moga dengan pemberian hadiah KOLEKSI PESANAN ABADI ini membawa kerinduan yang tiada penghujung kepada Baginda Nabi di samping mendekatkan kita kembali kepada Allah, Al-Quran & Sunnah bagi menempuhi dunia akhir zaman ini.
Makluman Istimewa kepada pembelian terawal dan terhad, dimana pembeli bakal menerima satu kupon voucher diskaun Pakej Ibadah Umrah yang bernilai RM300 serta boleh customize kad ucapan istimewa.
SET BERNILAI LEBIH RM480 INI KINI DIJUAL DENGAN HARGA PROMOSI TERHAD BERMULA PADA HARGA RM158 SEPANJANG SEPTEMBER 2023.

Dapatkan Set Quran Eksklusif "Pesanan Abadi Collection" Edisi Khas sempena Maulidur Rasul 1445H (2023)
Tempah sekarang & rebut peluang memiliki Set Quran Eksklusif "Pesanan Abadi Collection" Edisi Khas sempena Maulidur Rasul 1445H. Dengan setiap pembelian set, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan ke pembangunan Masjid-Masjid terpilih. Miliki koleksi khas ini di samping menyumbang kepada pembangunan masjid.
SHOP NOW